(just click NO THANKS,I'LL ROCK THE HIGH-QUALITY TRIPWOW if you have problem to view my slideshow)

All About Myself Slideshow: -Cik’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Georgetown was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Guest Opinion

Fulamak Network

Thursday, April 26, 2012

Pemberitahuan..

Dengan ini saya mengumumkan...cewah mcm ahli korporat pulak...mengumumkan apa eh..?Ha,mengumumkan bahawa blog saya iaitu -Cik Nur Atiqah- akan ditutup apabila anda mula membaca dan memahami p0st ini.Berita baiknya,saya mengalukan-alukan kedatangan blog terbaru saya dalam tahun ini iaitu http://snukilan.blogspot.com .Sebarang pertanyaan boleh la menghubungi saya melalui blog terbaru saya.Kesulitan daripada pihak saya amat saya kesali...

"

I'm as a admin of this blog officially close up this blog for certain reason and please visit my new blog http://snukilan.blogspot if you want to ask anything.I'm so sorry for this error."

Tuesday, January 3, 2012

Welcome 2012 ! ! !

Assalamualaikum kawan2...akhirnya 2012...tahun 2011 merupakan tahun yang penuh dengan kenangan-kenangan pahit & manis...kenangan pasal kawan-kawan kat SMK CONVENT LIGHT STREET,PENANG,kenangan dengan kaum kerabat & kenangan-kenangan dengan BEKAS TEMAN LELAKI...aduhai....ok tak pe lar...tahun baru mestilah azam yang baru kan...?hurm,azam nur untuk tahun baru nie...nur nak cuba tutup pintu hati nur untuk mana-mana lelaki atau dengan kata lain,nur nak stay single but not available...hehe,bunyi macam lawak kan...?tapi itu yang nur nak cuba untuk tahun nie...stay single...sebab nur rasa cinta pada usia macam nur nie agak MUSTAHIL untuk kekal sehingga ke jinjang pelamin...lagi pun CINTA tak akan membuatkan seseorang itu KENYANG tapi makin HANYUT jikalau kita tak pandai mengemudikan perasaan masing-masing...hopefully nur akan berjaya untuk azam nur tahun nie...bukan bermakna bekas-bekas BF nur sebelum nie tak ok...tapi nur tak rasa cinta kte org akan kekal untuk selama-lamanya...apa yang nur kena buat sekarang nie ialah nur nak fokus kat pembelajaran nur dulu...dah habis SPM,maknanya nur akan melangkah ke dunia yang semakin mencabar...nur kena kuat dari segi MENTAL & FIZIKAL...InsyaALLAH,kalau nur ada waktu terluang nur akan RAJINKAN diri nur untuk tulis blog...nur tahu seseorang yang PERNAH BERTAKHTA dalam hati nur sedang membaca post nur...all i want to say to u is forget me and i will remember all our sweet memory together....gambar cincan kat atas tu menunjukkan yang nur dah single...sebab cincin yang ada cuma satu je kan... ;) ok lar,tiba-tiba pulak ilham nur datang... -SeKiAn-

Friday, December 16, 2011

Sedih @ Sad...

Sedih??Sedih apabila kita sukar melupakan CINTA PERTAMA kita walaupun seluruh jiwa & raga kita cuba utk melupakan dirinya...Even i love someone else..give him a chance to love me but at the end i still can't forget my first love...I try to love him as much as i can but still the same...Walau di mana pun awak...Saya hanya mahukan kebahagiaan awak,kiranya awak bahagia tanpa saya,saya akan pergi jauh...Cuma,maafkan saya kerana saya pergi bersama cinta & harapan di hati kerana hanya awak di hati,sayang...Hanya awak...(Where ever you go...I only want your happiness,even you happy without me,I will go as far as I can...But,forgive me because I bring along LOVE & HOPE inside my heart...Because,only you inside my heart...ONLY YOU...) KEHADIRANMU MENYAKITKAN HATI & KADANGKALA PENGUBAT HATI YANG SUNYI...CINTA BAGIMU,IBARAT MAINAN DI BIBIR...KAU BUKAN INGIN MENYINTAI TETAPI SEKADAR UNTUK MEMILIKI...JIKA SUATU HARI NANTI KAU BENAR-BENAR SUDAH JATUH CINTA,KAU SELAMILAH MAKSUD ITU SEDALAM-DALAMNYA...AKU HARAP KAU TEMUI JAWAPANNYA...

Thursday, November 17, 2011

Hai my reader...

Hope that you will always fine and healthy...First of all,I want to thank to all of you that visited my blog...I quite surprise to check that I have some visitor from oversea...and I would glad to tell you that my post this time is especially for all my friend from oversea...Thanks guys !!! My love will always inside your heart but as a friend ONLY... Smile always...

Friday, October 14, 2011

Kerana dirinya ku jadi begini...

Keliru???Bahagia??Sedih??Ditinggalkan??Kadang-kadang diri kita sendiri pun terkeliru dengan perasaan kita sendiri...Adakah aku bahagia jikalau air mata yang selalu menjadi peneman hidupku??Ini semua hanya disebabkan satu perkataan...satu perkataan yang telah membuat kebanyakan manusia kurang waras,meninggalkan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan sanggup menggadaikan diri...perkataan tersebut adalah C I N T A..Cinta mampu mengubah benci menjadi sayang...duka menjadi gembira...waras menjadi gila...Kadang-kadang kita merasakan bahawa kita sudah menemui CINTA SEJATI kita tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan PUPUS ditelan waktu...KENAPA hal ini boleh terjadi??Jika kita telah menemui cinta sejati situasi di atas pasti tidak akan berlaku...Nur pun tidak terkecuali daripada situasi di atas...SEJUJURNYA...nur tidak mampu lagi melupakan dirinya walaupun nur dengan dirinya kini telah putus...tetapi kami masih lagi berhubung melalui facebook dan kadang-kadang kami BERsms...Nur tak tahu kenapa diri nur boleh jadi sebegini??Atau mungkin dirinya merupakan CINTA PERTAMA nur k0wt...dirinya lah yang mengajar nur erti rindu...mengajar nur erti kasih dan mengajar nur erti cinta yang sejati...Kami putus bukan daripada pihaknya tetapi dari pihak nur...nur yang meminta untuk dirinya melepaskan nur KERANA nur tahu nur tidak mungkin akan memiliki dirinya...dirinya begitu istimewa buat nur...keluarga nur sudah mengenali dirinya dan dirinya sudah bercakap dengan mama nur bila kami telah TERkantoi...hehe...hingga kini nur tidak dapat melupakan dirinya...mungkin NUR TIDAK MUNGKIN AKAN MELUPAKAN DIRINYA...selepas sahaja kami berpisah...nur telah kembali menjadi PLAYGIRL semula...Sakit rasanya bila diri kita mengetahui bahawa dirinya tidak akan menjadi milik kita...SEDIH sangat2...biarlah diri nur menjadi pemerhatinya dari jauh...dirinya mempunyai banyak tanggungjawab kerana dirinya seorang anak sulung daripada 10 orang adik-beradik...nur tahu dirinya tidak akan dapat menanggung nur...Oleh itu,biarlah kami berpisah...dirinya merupakan seorang bakal Kapten Tentera Darat...umminya merupakan seorang suri ramah tangga sepenuh masa manakala babanya merupakan seorang pensyarah.Kedua-dua ibubapanya merupakan salah seorang mahasiswa Universiti di Mesir.Nur dapat merasakan bahawa kami tidak kaan bersama..naluri nur yang berkata sedemikian...dirinya juga bukanlah seorang yang pandai bermain dengan kata2...sepanjang perhubungan kami,kami lebih kepada sepasang rakan baik berbanding sepasang kekasih...Walaupun nur berada di mana2 pun,nur tidak mungkin dapat melupakan dirinya sehinggalah sampai satu tahap nur telah rela melepaskan dirinya daripada menghuni hati kecil nur ini...Bila difikirkan semula,air mata nur akan mengalir setiap kali kenangan yang telah kami cipta bersama bermain di benak nur...kami mengenali di laman sesawang iaitu facebook...lain kali,nur akan ceritakan bagaimana pertemuan kami yang pertama...Untuk mencintai seseorang,kita harus belajar cara untuk setia kerana hanya dengan kesetiaan sahaja yang akan membuatkan sepasang kekasih itu saling percaya antara satu sama lain...

Tuesday, August 16, 2011

Meniti bulan-bulan terakhir bergelar pelajar Tingkatan 5...

Tingkatan 5...perkataan apakah yang terlintas di pemikiran anda apabila anda berfikir mengenai TINGKATAN 5???sesetengah berpendapat bahawa apabila seseorang itu bergelar pelajar Tingkatan 5,maka ia melambangkan bahawa pelajar berkenaan akan melangkah meninggalkan zaman persekolahan...meninggalkan zaman persekolahan yang penuh dengan gelak tawa,sedih,terharu,geram,menyampah,meluat,benci dan sebagainya...Percaya atau tak,apabila anda melangkah ke alam pekerjaan...PASTI anda akan mengenang segala kenangan manis dan pahit ketika anda bergelar PELAJAR TINGKATAN 5..tetapi ketika itu,anda akan mengenang segala kenangan manis serta pahit hanya dengan senyuman...Setiap manusia mempunyai kenangan yang berbeza...begitu juga dengan nur...baru sekarang nur mulai percaya akan sebaris ayat iaitu "BERJAGA-JAGA LAR DENGAN PERASAAN ANDA"...faham tak ayat itu??ok,biar nur huraikan supaya anda akan lebih memahami dengan apa yang bakal nur sampaikan...Mengapa nur berkata demikian???Pernah dengar tak orang tua-tua cakap "Kau jangan sangat benci kat MR.H nanti MR.H tu jugak lar jadi suami kau"...Ha...pernah dengar kan???itu lar yang terjadi terhadap diri nur...Dengan hati yang jujur,nur dengan sepenuh hati nur x suka berkawan dengan seorang p0mpuan nih...kejadian nih berlaku last year tau...sebab bg nur,p0mpuan yang nur x suka sesangat nih dye macam mempermainkan islam...apa yg dia buat??dia macam ikut m0od dia je,klau ari nih m0od dia ok,dye pakai tudung...then,esok ble nur nampak dye x bertudung pulak...start je daripada hari tuh,nur memang seratus peratus benci dia dengan sepenuh hati nur...tambahan pula,p0mpuan nih satu kelas dengan nur....aduhai...bertambah-tambah lar lagi perasaan benci nur nih....entah apa yang terjadi,kte org rapat giler atau dlm bahasa utaranya "kamcing gila"...sekarang nih dalam kelas nur,group kte org lar yang paling kecoh...group kte org terdiri daripada 3 orang iaitu diri nur sendiri(Nur Atiqah binti Jalil)...Nur Ariffah...Norsyuarina(p0mpuan yg nur pernah benci)...Pelik kan...??tetapi itu lar realitinya...So,moral of the story for this p0st is...Janganlah membenci seseorang itu dengan sepenuh hati...Kelak,perasaan itu akan dimanipulasi oleh perasaan sayang dengan sepenuh hati...Ok lar,dh lewat sangat nuh....esok nur dah kena bangun awal untuk SAHUR..nanti nur tak bangun pulak untuk sahur....assalamualaikum...thanks sbb sudi baca p0st nur...

Wednesday, August 10, 2011

Hari ini....

Apa yang terlintas di kotak pemikiran anda apabila tertera perkataan HARI INI...bg nur hari ini lebih baik drpd semalam kerana hari nih nur masih lagi bernafas,masih lg boleh melihat senyuman daripada parents nur dan boleh mendengar suara manja daripada adik-adik nur.Tetapi yang penting bg diri nur ialah hari nih nur berkesempatan melihat parents nur sedangkan sesetengah kanak-kanak pada hari ini kehilangan orang yang paling mereka sayangi.Alhamdulillah.Nur sudah pun kehilangan nenek dan datuk nur di sebelah baba nur.Sedih??Perasaan itu senantiasa membelenggu diri nur apabila setiap kali bila nur balik dari skola,nur melihat tapak perkuburan di mana di situ lah tersemadi jasad nenek dan datuk yang paling nur sayangi.Datuk nur meninggal kira-kira semasa nur darjah 1 dan nenek nur pula meninggal sewaktu nur berusia 16 tahun iaitu tahun lalu.Pemergian arwah pada hari itu seakan mimpi bg diri nur.Melihat jasadnya yang kaku dan tak bermaya di atas katil yang jasadnya telah ditutup oleh kain.Mendengar bacaan Yassin kedengaran di setiap pelusuk ruang rumah nenek nur tetapi ALHAMDULILLAH kerana nur berkesempatan memandikan jenazah nenek nur.Sewaktu nur memandikan jenazah nenek nur,itulah saat yang paling sedih sekali dalam hidup nur.Melihat jenazahnya dikerumuni oleh cucu-cucu,anak-anak serta menantu-menantu perempuannya seakan mengejutkan diri nur bahawa nenek nur yang selama ini meleteri mengenai diri nur telah pergi meninggalkan kami semua.Kini,seorang prempuan sedang mengkhafankan jenazah nenek nur.Pertama kali nur melihat arwah memakai celak.Bg nur wajahnya pada ketika itu seakan wajah yang tenang.Air mata nur tidak berhenti semenjak nur menjejakkn kaki di rumah nenek nur ketika itu sehingga lar saat jenazah dikhafankan.Nur melihat pula reaksi baba nur ketika itu,alangkah terkejutnya nur apabila melihat baba tidak langsung menitiskan air mata ketika dirinya mengiringi jenazah ibunya tetapi nur percaya hanya ALLAH yang mengetahui perasaan baba nur ketika itu.Itulah lelaki,walaupun seteruk mana pun keadaan mereka akn cuba sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedih mereka.Sekarang,nur melihat jenazah nenek nur telah dibawa pergi meninggalkan rumah atau dalam erti kata lain nenek nur telah pergi untuk selama-lamanya.Setiap saat nur merindui suara nenek nur memarahi dan meleteri nur.Daripada detik itu,nur mula mengenali ERTI MENGHARGAI yang sebenar-benarnya.Kepada sesiapa yg masih mempunyai nenek serta datuk,cuba lar menemani & memberi sepenuh perhatian serta kasih syg yg tak berbelah bahagi kepada mereka kerana mereka tidak selamanya akan hidup.Cepat atau lambat,MAUT itu PASTI akn menjemput kita.Persoalannya ialah, "Adakah anda sempat menggunakan masa yang telah diberikan untuk melakukan kebaikan?" kerana hidup kita di dunia ini hanyalah sekadar perantau. -SeKiAn-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...