(just click NO THANKS,I'LL ROCK THE HIGH-QUALITY TRIPWOW if you have problem to view my slideshow)

All About Myself Slideshow: -Cik’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Georgetown was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Guest Opinion

Fulamak Network

Tuesday, August 16, 2011

Meniti bulan-bulan terakhir bergelar pelajar Tingkatan 5...

Tingkatan 5...perkataan apakah yang terlintas di pemikiran anda apabila anda berfikir mengenai TINGKATAN 5???sesetengah berpendapat bahawa apabila seseorang itu bergelar pelajar Tingkatan 5,maka ia melambangkan bahawa pelajar berkenaan akan melangkah meninggalkan zaman persekolahan...meninggalkan zaman persekolahan yang penuh dengan gelak tawa,sedih,terharu,geram,menyampah,meluat,benci dan sebagainya...Percaya atau tak,apabila anda melangkah ke alam pekerjaan...PASTI anda akan mengenang segala kenangan manis dan pahit ketika anda bergelar PELAJAR TINGKATAN 5..tetapi ketika itu,anda akan mengenang segala kenangan manis serta pahit hanya dengan senyuman...Setiap manusia mempunyai kenangan yang berbeza...begitu juga dengan nur...baru sekarang nur mulai percaya akan sebaris ayat iaitu "BERJAGA-JAGA LAR DENGAN PERASAAN ANDA"...faham tak ayat itu??ok,biar nur huraikan supaya anda akan lebih memahami dengan apa yang bakal nur sampaikan...Mengapa nur berkata demikian???Pernah dengar tak orang tua-tua cakap "Kau jangan sangat benci kat MR.H nanti MR.H tu jugak lar jadi suami kau"...Ha...pernah dengar kan???itu lar yang terjadi terhadap diri nur...Dengan hati yang jujur,nur dengan sepenuh hati nur x suka berkawan dengan seorang p0mpuan nih...kejadian nih berlaku last year tau...sebab bg nur,p0mpuan yang nur x suka sesangat nih dye macam mempermainkan islam...apa yg dia buat??dia macam ikut m0od dia je,klau ari nih m0od dia ok,dye pakai tudung...then,esok ble nur nampak dye x bertudung pulak...start je daripada hari tuh,nur memang seratus peratus benci dia dengan sepenuh hati nur...tambahan pula,p0mpuan nih satu kelas dengan nur....aduhai...bertambah-tambah lar lagi perasaan benci nur nih....entah apa yang terjadi,kte org rapat giler atau dlm bahasa utaranya "kamcing gila"...sekarang nih dalam kelas nur,group kte org lar yang paling kecoh...group kte org terdiri daripada 3 orang iaitu diri nur sendiri(Nur Atiqah binti Jalil)...Nur Ariffah...Norsyuarina(p0mpuan yg nur pernah benci)...Pelik kan...??tetapi itu lar realitinya...So,moral of the story for this p0st is...Janganlah membenci seseorang itu dengan sepenuh hati...Kelak,perasaan itu akan dimanipulasi oleh perasaan sayang dengan sepenuh hati...Ok lar,dh lewat sangat nuh....esok nur dah kena bangun awal untuk SAHUR..nanti nur tak bangun pulak untuk sahur....assalamualaikum...thanks sbb sudi baca p0st nur...

Wednesday, August 10, 2011

Hari ini....

Apa yang terlintas di kotak pemikiran anda apabila tertera perkataan HARI INI...bg nur hari ini lebih baik drpd semalam kerana hari nih nur masih lagi bernafas,masih lg boleh melihat senyuman daripada parents nur dan boleh mendengar suara manja daripada adik-adik nur.Tetapi yang penting bg diri nur ialah hari nih nur berkesempatan melihat parents nur sedangkan sesetengah kanak-kanak pada hari ini kehilangan orang yang paling mereka sayangi.Alhamdulillah.Nur sudah pun kehilangan nenek dan datuk nur di sebelah baba nur.Sedih??Perasaan itu senantiasa membelenggu diri nur apabila setiap kali bila nur balik dari skola,nur melihat tapak perkuburan di mana di situ lah tersemadi jasad nenek dan datuk yang paling nur sayangi.Datuk nur meninggal kira-kira semasa nur darjah 1 dan nenek nur pula meninggal sewaktu nur berusia 16 tahun iaitu tahun lalu.Pemergian arwah pada hari itu seakan mimpi bg diri nur.Melihat jasadnya yang kaku dan tak bermaya di atas katil yang jasadnya telah ditutup oleh kain.Mendengar bacaan Yassin kedengaran di setiap pelusuk ruang rumah nenek nur tetapi ALHAMDULILLAH kerana nur berkesempatan memandikan jenazah nenek nur.Sewaktu nur memandikan jenazah nenek nur,itulah saat yang paling sedih sekali dalam hidup nur.Melihat jenazahnya dikerumuni oleh cucu-cucu,anak-anak serta menantu-menantu perempuannya seakan mengejutkan diri nur bahawa nenek nur yang selama ini meleteri mengenai diri nur telah pergi meninggalkan kami semua.Kini,seorang prempuan sedang mengkhafankan jenazah nenek nur.Pertama kali nur melihat arwah memakai celak.Bg nur wajahnya pada ketika itu seakan wajah yang tenang.Air mata nur tidak berhenti semenjak nur menjejakkn kaki di rumah nenek nur ketika itu sehingga lar saat jenazah dikhafankan.Nur melihat pula reaksi baba nur ketika itu,alangkah terkejutnya nur apabila melihat baba tidak langsung menitiskan air mata ketika dirinya mengiringi jenazah ibunya tetapi nur percaya hanya ALLAH yang mengetahui perasaan baba nur ketika itu.Itulah lelaki,walaupun seteruk mana pun keadaan mereka akn cuba sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedih mereka.Sekarang,nur melihat jenazah nenek nur telah dibawa pergi meninggalkan rumah atau dalam erti kata lain nenek nur telah pergi untuk selama-lamanya.Setiap saat nur merindui suara nenek nur memarahi dan meleteri nur.Daripada detik itu,nur mula mengenali ERTI MENGHARGAI yang sebenar-benarnya.Kepada sesiapa yg masih mempunyai nenek serta datuk,cuba lar menemani & memberi sepenuh perhatian serta kasih syg yg tak berbelah bahagi kepada mereka kerana mereka tidak selamanya akan hidup.Cepat atau lambat,MAUT itu PASTI akn menjemput kita.Persoalannya ialah, "Adakah anda sempat menggunakan masa yang telah diberikan untuk melakukan kebaikan?" kerana hidup kita di dunia ini hanyalah sekadar perantau. -SeKiAn-

Friday, August 5, 2011

Cinta pertama....

Post kali nih nur nak share pasal CINTA...Setiap orang mempunyai definisi yang tersendiri mengenai cinta begitu jugak dengan nur...Bagi nur cinta seumpama suatu perasaan yang indah.Mengapa nur berkata demikian???Ini kerana kita seakan tidak sedar apabila kita menemui cinta lebih-lebih lagi cinta pertama...Sebagai contoh... Kadang-kadang apabila kita memiliki sesuatu tetapi di mata kita tidak begitu berharga kita seakan membiarkannya sampai lar ke satu tahap benda yang kita miliki itu telah hilang dari genggaman kita...Saat itu lar kita baru seakan sedar daripada mimpi atau menyedari bahawa benda yang selama ini kita miliki begitu berharga...Itulah dikatakan cinta...Apabila difikir-fikirkan balik,kita seakan menyesal membiarkan benda itu begitu sahaja tanpa sebarang usaha iaitu kita tidak memeliharanya dengan bersungguh-sungguh..."Seandainya masa dapat ku undurkan kembali,akanku jaga dirimu sepenuh hati"...Itulah ungkapan yang selalu kita dengar daripada orang yang tidak menyedari akan kehadiran cinta.Cinta juga boleh diibaratkan seperti HANTU...tetapi bukan hantu KAK LIMAH taw...Lar kenapa muka nampak macam blerr je??Tak paham yek???Maksud nur kat sini ialah hantu itu wujud atau tak??Klau tak wujud,kita tak kan dengar lar orang nampak pontianak..nak kata wujud,kita pulak tak nampak...so,cinta diibaratkan seperti hantu iaitu ramai yang mendengar tetapi hanya sesetengah yang melihat...Cinta memang tak salah sebab ia merupakan fitrah kita sebagai manusia tetapi ia akan jadi salah sekiranya kita mencintai seseorang dengan nafsu dan bukannya kerana Allah...Jikalau kita menyintai seseorang niat kerana Allah,insyaALLAH cinta kita itu akan berkekalan...apa-apa pun terletak pada niat seseorang itu..Memang tak salah kalau kita letak beberapa syarat jikalau seseorang itu mahu menjadi pasangan kita hingga nafas yang terakhir tetapi cuba awak fikir yek...Yang pertama,awak tu kan manusia...Dah nama pun manusia kan mana ada yang SEMPURNA...kalau ada pun dah tak banyak...Sanggup ke awak menghabiskan seluruh hidup awak untuk mencari seseorang yang sempurna itu...???Yang kedua...ni ustazah nur yang cakap..Jikalau kita menginginkan seseorang yang baik atau yang menepati cita rasa kita,kita kena polish dulu diri kita...Lebih kurang macam cerminkan dulu diri kita lar...Kita kena selalu update ilmu terutamanya ilmu agama.Ini penting agar kita tak mudah terpengaruh dengan godaan duniawi.Sapa lar yang tak nak dapat seseorang yang serba serbi sempurna...ada cuma 1 dalam 1 000...Atau kita cuba ubah diri atau pasangan kita step by step...Mksud nur kat sini bukannya ubah suruh jadi orang lain..Ubah untuk jadi yang lebih baik...Boleh kan???InsyaALLAH...tapi ingat walau apa-apa pun yang kita nak buat,semuanya bergantung kepada niat..Kalau niat yang baik,maka hasil yang kita dapat pun baik lar jugak..tapi kalau niat yang kurang baik,hasilnya pun akan jadi tidak baik...Ok lar...post nur berhenti di sini...Klau ada apa-apa just leave a comment ye...

Tuesday, August 2, 2011

Nur rasa agak lama kn nur x update blog.Mintak maaf lar ye sebab nur ada hal yang lebih penting nak buat.Ok post kali nih mengenai gambar di atas.Wajahnya sentiasa tersenyum.Itulah ayat yang sesuai digambarkan mengenai insan di atas.Walaupun pada hakikatnya baba agak garang tetapi sifat penyayangnya melebihi segala-galanya.Kebanyakan anak perempuan akan rapat dengan ibunya tetapi nur sebaliknya.Bila bersama dengan baba,nur akan rasa selamat.(dah mcm bodyguard taw)Daripada observation nur,baba lebih mengutamakan isteri dan anak-anaknya melebihi dirinya sendiri.Percaya ataupun tidak,sepanjang hayat nur,nur tak pernah tengok baba menitiskan air mata yang hanya adalah sebuah senyuman yang senantiasa mengukir senyuman dan sifat kegarangannya.Sampai pada satu tahap nur bertekad iaitu nur akan cari boyfriend yang memiliki sifat macam baba nur.Walaupun baba agak tegas kadang-kadang tetapi tujuannya hanya satu iaitu sebagai tanda amaran kerana kami(anak-anaknya) yang nakal telah melakukan sesuatu perkara yang salah.Jikalau berlakunya pertelingkahan di antara kami iaitu nur dengan baba,tempoh masa pertelingkahan tersebut tidak akan lama.Paling lama pun dalam beberapa jam sahaja.Pernah juga nur terfikir,"Bagaimana nanti jikalau sampai satu tahap nur terpaksa berpisah daripada baba??"...Entah lar macam mana keadaan nur ketika itu.So,walaupun nur nak sambung belajar lepas SPM nanti,nur akan sambung belajar dalam penang je lar sebab tiap-tiap hari nur dapat jumpa dengan baba.Perasaan sayang nur kepada baba melibihi perasaan sayang nur kepada diri nur sendiri.Begitulah perasaan anakmu ini.Nur jenis yang tidak menunjuk jikalau nur menyukai seseorang.Paham tak??Aduhai..Ok macam ni...Sebagai contoh jikalau seorang lelaki menyukai seorang perempuan,dia akan belikan chocolate atau sebagainya kepada perempuan berkenaan sebagai tanda dia menyukai perempuan berkenaan.Paham kan??..Tapi nur pulak tak tunjuk..Cara nur menunjukkan nur sayang kepada seseorang terutamanya baba ialah bila baba sakit,nur akan berleter kat baba.Bila baba tengah bersendirian,nur akan cubit pipi baba.Bagi nur,jikalau kita menyukai seseorang kita akan mengambil berat dan mengambil tahu setiap perbuatannya.Setiap manusia memiliki cara yang tersendiri menyuarakan atau menyampaikan perasaan sukanya kepada seseorang dan nur tak terkecuali.Nur pernah bertanya kepada baba,"Baba,kalau tiqah dah kawin nanti kan...Baba akan menangis tak??Yelah kan baba dah tak boleh nak dengar tiqah pot pet pot pet lagi?"..Nak tau jawapan baba apa...Dengan selamba baba cakap,"Nak menangis buat apa??Lagi bagus sebab rumah nih sunyi sikit tak lar bising sangat".Lepas je baba cakap macam tuh,nur terus cubit baba sekuat hati,sampai merah-merah pipi baba...Ha,padan muka sapa suruh buat loyar buruk bila nur tengah serius.Tapi nur tahu jauh di dasar hatinya,bukan itu jawapannya.Alamak dah lewat nih,nur terlupa nak solat asar.Ok lar,nur sambung nanti tapi bila nur mempunyai masa lapang.Jaga solat,jaga kesihatan dan yang paling penting jaga agama.Assalamualaikum... -Selamat Berpuasa-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...