Tak pernah ku kesal memilih dirimu...Biarpun pudar kelam masa silam...Bagiku kasih sayang satu anugerah...Tak ternilai olehku...Benarlah katamu hidup penuh pura...Tetapi tidak pada diri ini...Cintaku tulus suci yang lahir dari hati..."SALJU DI DANAU RINDU..."
(just click NO THANKS,I'LL ROCK THE HIGH-QUALITY TRIPWOW if you have problem to view my slideshow)
All About Myself Slideshow: -Cik’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Georgetown was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
Wednesday, August 10, 2011
Hari ini....
Apa yang terlintas di kotak pemikiran anda apabila tertera perkataan HARI INI...bg nur hari ini lebih baik drpd semalam kerana hari nih nur masih lagi bernafas,masih lg boleh melihat senyuman daripada parents nur dan boleh mendengar suara manja daripada adik-adik nur.Tetapi yang penting bg diri nur ialah hari nih nur berkesempatan melihat parents nur sedangkan sesetengah kanak-kanak pada hari ini kehilangan orang yang paling mereka sayangi.Alhamdulillah.Nur sudah pun kehilangan nenek dan datuk nur di sebelah baba nur.Sedih??Perasaan itu senantiasa membelenggu diri nur apabila setiap kali bila nur balik dari skola,nur melihat tapak perkuburan di mana di situ lah tersemadi jasad nenek dan datuk yang paling nur sayangi.Datuk nur meninggal kira-kira semasa nur darjah 1 dan nenek nur pula meninggal sewaktu nur berusia 16 tahun iaitu tahun lalu.Pemergian arwah pada hari itu seakan mimpi bg diri nur.Melihat jasadnya yang kaku dan tak bermaya di atas katil yang jasadnya telah ditutup oleh kain.Mendengar bacaan Yassin kedengaran di setiap pelusuk ruang rumah nenek nur tetapi ALHAMDULILLAH kerana nur berkesempatan memandikan jenazah nenek nur.Sewaktu nur memandikan jenazah nenek nur,itulah saat yang paling sedih sekali dalam hidup nur.Melihat jenazahnya dikerumuni oleh cucu-cucu,anak-anak serta menantu-menantu perempuannya seakan mengejutkan diri nur bahawa nenek nur yang selama ini meleteri mengenai diri nur telah pergi meninggalkan kami semua.Kini,seorang prempuan sedang mengkhafankan jenazah nenek nur.Pertama kali nur melihat arwah memakai celak.Bg nur wajahnya pada ketika itu seakan wajah yang tenang.Air mata nur tidak berhenti semenjak nur menjejakkn kaki di rumah nenek nur ketika itu sehingga lar saat jenazah dikhafankan.Nur melihat pula reaksi baba nur ketika itu,alangkah terkejutnya nur apabila melihat baba tidak langsung menitiskan air mata ketika dirinya mengiringi jenazah ibunya tetapi nur percaya hanya ALLAH yang mengetahui perasaan baba nur ketika itu.Itulah lelaki,walaupun seteruk mana pun keadaan mereka akn cuba sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedih mereka.Sekarang,nur melihat jenazah nenek nur telah dibawa pergi meninggalkan rumah atau dalam erti kata lain nenek nur telah pergi untuk selama-lamanya.Setiap saat nur merindui suara nenek nur memarahi dan meleteri nur.Daripada detik itu,nur mula mengenali ERTI MENGHARGAI yang sebenar-benarnya.Kepada sesiapa yg masih mempunyai nenek serta datuk,cuba lar menemani & memberi sepenuh perhatian serta kasih syg yg tak berbelah bahagi kepada mereka kerana mereka tidak selamanya akan hidup.Cepat atau lambat,MAUT itu PASTI akn menjemput kita.Persoalannya ialah, "Adakah anda sempat menggunakan masa yang telah diberikan untuk melakukan kebaikan?" kerana hidup kita di dunia ini hanyalah sekadar perantau. -SeKiAn-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment