Tak pernah ku kesal memilih dirimu...Biarpun pudar kelam masa silam...Bagiku kasih sayang satu anugerah...Tak ternilai olehku...Benarlah katamu hidup penuh pura...Tetapi tidak pada diri ini...Cintaku tulus suci yang lahir dari hati..."SALJU DI DANAU RINDU..."
(just click NO THANKS,I'LL ROCK THE HIGH-QUALITY TRIPWOW if you have problem to view my slideshow)
All About Myself Slideshow: -Cik’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Georgetown was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
Tuesday, August 2, 2011
Nur rasa agak lama kn nur x update blog.Mintak maaf lar ye sebab nur ada hal yang lebih penting nak buat.Ok post kali nih mengenai gambar di atas.Wajahnya sentiasa tersenyum.Itulah ayat yang sesuai digambarkan mengenai insan di atas.Walaupun pada hakikatnya baba agak garang tetapi sifat penyayangnya melebihi segala-galanya.Kebanyakan anak perempuan akan rapat dengan ibunya tetapi nur sebaliknya.Bila bersama dengan baba,nur akan rasa selamat.(dah mcm bodyguard taw)Daripada observation nur,baba lebih mengutamakan isteri dan anak-anaknya melebihi dirinya sendiri.Percaya ataupun tidak,sepanjang hayat nur,nur tak pernah tengok baba menitiskan air mata yang hanya adalah sebuah senyuman yang senantiasa mengukir senyuman dan sifat kegarangannya.Sampai pada satu tahap nur bertekad iaitu nur akan cari boyfriend yang memiliki sifat macam baba nur.Walaupun baba agak tegas kadang-kadang tetapi tujuannya hanya satu iaitu sebagai tanda amaran kerana kami(anak-anaknya) yang nakal telah melakukan sesuatu perkara yang salah.Jikalau berlakunya pertelingkahan di antara kami iaitu nur dengan baba,tempoh masa pertelingkahan tersebut tidak akan lama.Paling lama pun dalam beberapa jam sahaja.Pernah juga nur terfikir,"Bagaimana nanti jikalau sampai satu tahap nur terpaksa berpisah daripada baba??"...Entah lar macam mana keadaan nur ketika itu.So,walaupun nur nak sambung belajar lepas SPM nanti,nur akan sambung belajar dalam penang je lar sebab tiap-tiap hari nur dapat jumpa dengan baba.Perasaan sayang nur kepada baba melibihi perasaan sayang nur kepada diri nur sendiri.Begitulah perasaan anakmu ini.Nur jenis yang tidak menunjuk jikalau nur menyukai seseorang.Paham tak??Aduhai..Ok macam ni...Sebagai contoh jikalau seorang lelaki menyukai seorang perempuan,dia akan belikan chocolate atau sebagainya kepada perempuan berkenaan sebagai tanda dia menyukai perempuan berkenaan.Paham kan??..Tapi nur pulak tak tunjuk..Cara nur menunjukkan nur sayang kepada seseorang terutamanya baba ialah bila baba sakit,nur akan berleter kat baba.Bila baba tengah bersendirian,nur akan cubit pipi baba.Bagi nur,jikalau kita menyukai seseorang kita akan mengambil berat dan mengambil tahu setiap perbuatannya.Setiap manusia memiliki cara yang tersendiri menyuarakan atau menyampaikan perasaan sukanya kepada seseorang dan nur tak terkecuali.Nur pernah bertanya kepada baba,"Baba,kalau tiqah dah kawin nanti kan...Baba akan menangis tak??Yelah kan baba dah tak boleh nak dengar tiqah pot pet pot pet lagi?"..Nak tau jawapan baba apa...Dengan selamba baba cakap,"Nak menangis buat apa??Lagi bagus sebab rumah nih sunyi sikit tak lar bising sangat".Lepas je baba cakap macam tuh,nur terus cubit baba sekuat hati,sampai merah-merah pipi baba...Ha,padan muka sapa suruh buat loyar buruk bila nur tengah serius.Tapi nur tahu jauh di dasar hatinya,bukan itu jawapannya.Alamak dah lewat nih,nur terlupa nak solat asar.Ok lar,nur sambung nanti tapi bila nur mempunyai masa lapang.Jaga solat,jaga kesihatan dan yang paling penting jaga agama.Assalamualaikum... -Selamat Berpuasa-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment