(just click NO THANKS,I'LL ROCK THE HIGH-QUALITY TRIPWOW if you have problem to view my slideshow)

All About Myself Slideshow: -Cik’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Georgetown was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Guest Opinion

Fulamak Network

Friday, August 5, 2011

Cinta pertama....

Post kali nih nur nak share pasal CINTA...Setiap orang mempunyai definisi yang tersendiri mengenai cinta begitu jugak dengan nur...Bagi nur cinta seumpama suatu perasaan yang indah.Mengapa nur berkata demikian???Ini kerana kita seakan tidak sedar apabila kita menemui cinta lebih-lebih lagi cinta pertama...Sebagai contoh... Kadang-kadang apabila kita memiliki sesuatu tetapi di mata kita tidak begitu berharga kita seakan membiarkannya sampai lar ke satu tahap benda yang kita miliki itu telah hilang dari genggaman kita...Saat itu lar kita baru seakan sedar daripada mimpi atau menyedari bahawa benda yang selama ini kita miliki begitu berharga...Itulah dikatakan cinta...Apabila difikir-fikirkan balik,kita seakan menyesal membiarkan benda itu begitu sahaja tanpa sebarang usaha iaitu kita tidak memeliharanya dengan bersungguh-sungguh..."Seandainya masa dapat ku undurkan kembali,akanku jaga dirimu sepenuh hati"...Itulah ungkapan yang selalu kita dengar daripada orang yang tidak menyedari akan kehadiran cinta.Cinta juga boleh diibaratkan seperti HANTU...tetapi bukan hantu KAK LIMAH taw...Lar kenapa muka nampak macam blerr je??Tak paham yek???Maksud nur kat sini ialah hantu itu wujud atau tak??Klau tak wujud,kita tak kan dengar lar orang nampak pontianak..nak kata wujud,kita pulak tak nampak...so,cinta diibaratkan seperti hantu iaitu ramai yang mendengar tetapi hanya sesetengah yang melihat...Cinta memang tak salah sebab ia merupakan fitrah kita sebagai manusia tetapi ia akan jadi salah sekiranya kita mencintai seseorang dengan nafsu dan bukannya kerana Allah...Jikalau kita menyintai seseorang niat kerana Allah,insyaALLAH cinta kita itu akan berkekalan...apa-apa pun terletak pada niat seseorang itu..Memang tak salah kalau kita letak beberapa syarat jikalau seseorang itu mahu menjadi pasangan kita hingga nafas yang terakhir tetapi cuba awak fikir yek...Yang pertama,awak tu kan manusia...Dah nama pun manusia kan mana ada yang SEMPURNA...kalau ada pun dah tak banyak...Sanggup ke awak menghabiskan seluruh hidup awak untuk mencari seseorang yang sempurna itu...???Yang kedua...ni ustazah nur yang cakap..Jikalau kita menginginkan seseorang yang baik atau yang menepati cita rasa kita,kita kena polish dulu diri kita...Lebih kurang macam cerminkan dulu diri kita lar...Kita kena selalu update ilmu terutamanya ilmu agama.Ini penting agar kita tak mudah terpengaruh dengan godaan duniawi.Sapa lar yang tak nak dapat seseorang yang serba serbi sempurna...ada cuma 1 dalam 1 000...Atau kita cuba ubah diri atau pasangan kita step by step...Mksud nur kat sini bukannya ubah suruh jadi orang lain..Ubah untuk jadi yang lebih baik...Boleh kan???InsyaALLAH...tapi ingat walau apa-apa pun yang kita nak buat,semuanya bergantung kepada niat..Kalau niat yang baik,maka hasil yang kita dapat pun baik lar jugak..tapi kalau niat yang kurang baik,hasilnya pun akan jadi tidak baik...Ok lar...post nur berhenti di sini...Klau ada apa-apa just leave a comment ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...